fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat gegar selatan Mexico

(FOTO HIASAN)

MEXICO CITY, 7 Oktober - Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda selatan Mexico di negeri Oaxaca pada Jumaat, kata Perkhidmatan Seismologi (SSN) negara itu.

Menurut SSN melalui rangkaian sosial media X sebelum ini dikenali sebagai Twitter, pusat gegaran adalah di bandar Matias Romero berhampiran Oaxaca.

Penggera amaran diaktifkan di ibu negara, di sini 500 kilometer (KM) dari kawasan bencana yang menyebabkan beratus-ratus penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Menurut Datuk Bandar Matias Romero, Marti Batres melalui aplikasi X sedikit gegaran dirasai di bandar berkenaan yang mempunyai penduduk berjumlah sembilan juta orang itu.

Namun, tiada kerosakan dan kemusnahan dilaporkan sehingga kini.-AFP

 


(FOTO https://www.researchgate.net)

Media Baharu