fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat 6.5 magnitud landa Afghanistan, Pakistan

(Orang ramai berpusu-pusu keluar dari sebuah pusat beli-belah di Islamabad ketika gempa bumi dirasai
di seluruh Pakistan pada 21 Mac 2023/AFP)

KABUL, 22 Mac- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 melanda bumi Afghanistan dan Pakistan malam tadi, meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan ratusan orang cedera.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa dikesan 40 kilometer (25 batu) di selatan-tenggara bandar Jurm di Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan dan Tajikistan.

Gempa kuat pada kedalaman lebih 187 kilometer itu berlaku kira-kira 30 saat serta dirasai di sebahagian besar Afghanistan, Pakistan dan beberapa bahagian India.

Jurucakap Kementerian Pengurusan Bencana Alam Afghanistan, Shafiullah Rahimi bekata, dua terbunuh termasuk seorang kanak-kanak di wilayah Laghman.

Pusat kesihatan di seluruh negara juga telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Sementara itu, di Pakistan, sekurang-kurangnya 180 orang cedera dan dikejarkan ke hospital di seluruh wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa.

Perdana Menteri, Shehbaz Sharif telah mengarahkan pihak berkuasa pengurusan bencana negara bersedia untuk menangani sebarang kecemasan.

Pada Jun tahun lalu, lebih 1,000 orang terbunuh dan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda wilayah miskin Paktika, Afghanistan

Afghanistan sering dilanda gempa bumi, terutamanya di banjaran gunung Hindu Kush, yang terletak berhampiran persimpangan plat tektonik Eurasia dan India. -AFP

 (Orang ramai di Kabul duduk berkumpul selepas gempa bumi kuat melanda
pada 21 Mac 2023/AFP)

 

 

Media Baharu