fb fb fb fb fb

Amazon 'buang' 9,000 lagi pekerja

(Foto AFP)

WASHINGTON, 22 Mac- Amazon sekali lagi menyatakan rancangan syarikat itu untuk menghentikan perkhidmatan seramai 9,000 lagi pekerjanya susulan ketidaktentuan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Andy Jassy menerusi catatan blog memaklumkan bahawa langkah itu akan memberi kesan kepada perkhidmatan syarikat.

"Memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan ketidaktentuan yang wujud dalam masa terdekat, kami telah memilih untuk lebih efisien dalam kos dan jumlah pekerja," kata Jassy dalam memo kepada kakitangan.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Amazon mengumumkan pemberhentian 18,000 pekerjanya.

Bagaimanapun, perkhidmatan yang tidak lagi perlu belum diputuskan lagi dan keputusan akan dibuat pada pertengahan hingga akhir April.

Amazon merupakan antara majikan terbesar di dunia, dengan menggajikan kira-kira 1.5 juta pekerja di seluruh dunia. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu