fb fb fb fb fb

Arab Saudi umum hari pertama Ramadan pada Khamis

RIYADH, 22 Mac- Arab Saudi mengumumkan hari pertama bulan Ramadan akan bermula pada Khamis.

Mahkamah agungnya memutuskan pada Selasa bahawa menurut kalender Islam, bulan Syaban berakhir pada Rabu, maka bulan Ramadan akan bermula pada hari berikutnya.

Menurut agensi akhbar rasmi Arab Saudi, pihak berkuasa negara itu telah mengarahkan penduduk supaya melihat anak bulan pada Selasa bagi menandakan permulaan Ramadan, bagaimanapun ia tidak kelihatan.

(Masjidil Haram / Foto REUTERS)

Sementara itu, negara jirannya, Qatar juga mengumumkan bahawa hari pertama Ramadan ialah pada Khamis.

"Khamis ialah hari pertama bulan Ramadan yang diberkati," menurut Agensi Berita Qatar di Twitter.-AFP

Media Baharu