fb fb fb fb fb

238 penunjuk perasaan ditangkap, 31 polis cedera

NAIROBI, 21 Mac- Polis Kenya menahan 238 orang penunjuk perasaan semasa protes ganas pada Isnin berhubung peningkatan kos sara hidup yang turut mengakibatkan 31 pegawai polis cedera.

Penunjuk perasaan menyertai tunjuk perasaan di Nairobi dan bahagian lain di Kenya sebagai respons kepada gesaan oleh pemimpin pembangkang veteran Raila Odinga untuk tindakan sehari terhadap kerajaan Presiden William Ruto.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap penunjuk perasaan manakala sebahagian daripada mereka membaling batu dan membakar tayar kereta di bahu jalan.

Ia adalah keganasan terburuk sejak Ruto memegang jawatan itu sejak enam bulan lalu selepas menewaskan Odinga dalam pilihan raya.

Ketua Polis Negara, Japhet Koome, dalam satu kenyataan berkata, 213 orang telah ditangkap di Nairobi dan 24 pegawai cedera.

Di wilayah Nyanza, kubu kuat pembangkang di barat Kenya, terdapat 25 tangkapan manakala tujuh pegawai cedera, katanya.

Polis juga telah mengumumkan pada Isnin bahawa seorang pelajar universiti terbunuh di bandar barat Maseno selepas pegawai melepaskan tembakan semasa "pertempuran" dengan penunjuk perasaan yang "melempar batu".- AFP

(Penunjuk perasaan diĀ kawasan setinggan Mathare di Nairobi/AFP)

Media Baharu