fb fb fb fb fb

Gempa bumi di Maghribi, lebih 1,000 orang kritikal

(Foto AFP)

RABAT, 10 Oktober- Gempa bumi yang melanda Maghribi telah mengorbankan lebih 2,000 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 2,000 orang lagi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Maghribi, kebanyakan mangsa yang cedera kritikal.

"Sekurang-kurangnya 2,012 orang disahkan maut, manakala 2,059 orang lagi cedera, termasuk 1,404 dalam keadaan kritikal.

"Daripada jumlah itu, 1,293 maut direkodkan di wilayah Al-Haouz, pusat gempa bumi dan 452 di wilayah Taroudant, dua kawasan paling teruk dilanda gempa bumi itu.

"Pihak berkuasa Maghribi sedang meningkatkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa yang cedera," katanya menerusi kenyataan.

Menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu melanda Marrakesh, Maghribi pada Jumaat. - AFP


(Foto AFP)

Artikel Berkaitan:
Algeria buka ruang udara untuk bantuan kemanusiaan ke Maghribi
Gempa bumi Maghribi, lebih 2,000 orang terkorban

Media Baharu