fb fb fb fb fb

Algeria buka ruang udara untuk bantuan kemanusiaan ke Maghribi

(Foto AFP)

MOROCCO, 10 September- Algeria akan membenarkan pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan ke Maghribi yang dilanda gempa bumi melalui ruang udaranya.

Menerusi kenyataan Pejabat Presiden Algeria, pihaknya membuat keputusan itu untuk memudahkan negara luar memberi bantuan kepada Maghribi.

"Pihak berkuasa Algeria turut bersedia memberikan bantuan kemanusiaan kepada Maghribi," katanya.

Algeria menutup ruang udaranya kepada semua pesawat Maghribi pada September 2021 selepas negara tersebut memutuskan hubungan diplomatik dengan musuh lamanya itu.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Kementerian Luar Algeria mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Maghribi atas bencana yang berlaku.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda kawasan pergunungan di Marrakesh, Maghribi pada Jumaat.

Kejadian berkenaan mengorbankan sekurang-kurangnya 2,000 orang manakala lebih 1,000 yang lain cedera serta menyebabkan banyak kerosakan berlaku - AFP


(Foto AFP)

Berita Berkaitan:
Gempa bumi Maghribi, lebih 2,000 orang terkorban
Rakyat Maghribi derma darah untuk mangsa gempa bumi

Media Baharu