fb fb fb fb fb

Gempa bumi bermagnitud 4.0 gegarkan ibu negara India

Foto Fail

NEW DELHI, 17 Februari – Ibu negara India, New Delhi, dikejutkan dengan gegaran kuat akibat gempa bumi bermagnitud 4.0 awal pagi Isnin, dengan pusat gempa terletak di pinggir bandar raya tersebut, kira-kira sejam sebelum subuh.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan besar, namun penduduk yang ketakutan bergegas keluar dari bangunan apabila gegaran dirasai.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada kedalaman cetek 10 kilometer (6 batu).

Perdana Menteri India, Narendra Modi menyeru rakyat agar mematuhi langkah keselamatan dan berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.

"Gegaran dirasai di Delhi dan kawasan berhampiran. Saya menggesa semua untuk bertenang dan mengikuti langkah keselamatan serta berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan. Pihak berkuasa sedang memantau keadaan dengan teliti," kata Modi menerusi hantaran di X.

Pihak polis turut mengeluarkan nombor kecemasan untuk bantuan dan menyatakan harapan agar semua penduduk dalam keadaan selamat.

Utara India terletak di kawasan garisan sesar geologi utama, di mana plat tektonik India menekan ke arah plat Eurasia, membentuk banjaran Himalaya.

Oleh itu, gempa bumi kerap berlaku di rantau ini.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN