fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.9 skala richter landa Utara Sumatera

FOTO FACEBOOK METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia pada 4.57 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 74 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 107km tenggara dari Meulaboh, Indonesia.

Gegaran turut dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI