fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.8 skala Richter gegar Utara Poso

Foto media sosial

POSO,17 Ogos –Satu gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter telah menggegarkan kawasan 15 kilometer di utara Poso, Indonesia.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) kejadian berlaku pada pukul 6.38 pagi Ahad waktu Malaysia, lapor Xinhua.

Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu ditentukan pada 1.26 darjah selatan dan 120.74 darjah timur.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan tidak mengeluarkan sebarang laporan mengenai kerosakan atau kecederaan. - BERNAMA

 

TETITIA YUSOFF