fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Taiwan, tiada kerosakan dilaporkan

Foto Fail

TAIPEI, 9 April- Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 menggegarkan daerah luar bandar Yilan di timur laut Taiwan pada Rabu, menurut pentadbiran kaji cuaca negara itu.

Namun, tiada laporan kerosakan diterima, setakat ini.

Gempa yang berpusat pada kedalaman 72.4 kilometer itu turut dirasai sehingga ke ibu negara, Taipei, menyebabkan bangunan-bangunan bergoyang.

Jabatan Bomba Taiwan memaklumkan bahawa tiada kerosakan dilaporkan termasuk di taman-taman sains utama negara itu yang menempatkan sebahagian besar industri pembuatan semikonduktor.

Taiwan terletak berhampiran pertembungan dua plat tektonik dan sering mengalami gempa bumi.

Gempa bumi besar terakhir yang melanda pulau itu berlaku pada April tahun lalu di daerah Hualien dengan magnitud 7.2, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang.

Lebih 100 orang terkorban dalam gempa di selatan Taiwan pada 2016 manakala gempa bermagnitud 7.3 pada tahun 1999 meragut lebih 2,000 nyawa.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM