fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Mexico City

FOTO AFP

MEXICO CITY, 8 Disember- Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegar sebahagian besar tengah Mexico termasuk ibu negara semalam menyebabkan penduduk panik dan berlari ke jalan raya.

Institut seismologi negara memaklumkan pusat gempa berlaku di tengah negeri Puebla dengan siren amaran dikeluarkan kepada orang awam.

"Tiada laporan awal kerosakan di Mexico City, sebuah metropolitan luas dengan sembilan juta penduduk," kata Marti Batres, Datuk Bandar Matias Romero di X.

Mexico terletak di atas lima plat tektonik yang menjadikannya salah satu negara paling terdedah kepada gempa bumi terutama di pantai Pasifik.

Pada tahun 1985, gempa bumi kuat berukuran 8.1 magnitud berpusat di pantai Pasifik telah memusnahkan sebahagian besar kawasan tengah dan selatan Mexico.

Dalam kejadian itu, ribuan orang terkorban serta menyebabkan kerosakan teruk di sini. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA