fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Iran

(FOTO BERNAMA)

ANKARA, 24 Mac- Sekurang-kurangnya 82 orang cedera akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter yang melanda wilayah barat laut Iran, menurut pihak berkuasa tempatan.

Ketua Pengarah Pengurusan Krisis Wilayah Azerbaijan Barat, Amir Abbas Jafari dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa bangunan di bandar Khoy dan Salmas rosak.

Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dalam satu kenyataan pula memaklumkan bahawa gempa itu direkodkan pada kedalaman tujuh kilometer (kira-kira lima batu) dan turut dirasai di wilayah Van dan Hakkari, timur Turkiye. - BERNAMA

(Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Iran/Google)

Media Baharu