fb fb fb fb fb

Gempa berkekuatan 6.0 skala Richter gegar timur Taiwan

(Foto hiasan)

TAIPEI, 20 Jun- Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda wilayah timur Taiwan, 38 kilometer ke selatan bandar Hualien, kata Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan.

Menurut USGS pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan berlaku pada pukul 09:05 waktu tempatan (0105 GMT).

Seorang wartawan AFP melaporkan bahawa gegaran dirasai di Taipei manakala laporan media tempatan menyebut gempa itu dapat dirasai di seluruh pulau itu.

Perkhidmatan kereta api MRT, Metro Taipei dihentikan seketika sebelum disambung semula dengan kelajuan yang dikurangkan untuk beberapa perhentian.

(Seorang wartawan AFP di Taipei berasa bergegar, dan media tempatan berkata
gempa itu dirasai di seluruh pulau/AFP)

Gegaran kedua yang lebih lemah melanda kira-kira setengah jam kemudian, menurut Biro Cuaca Pusat Taiwan.

Taiwan kerap dilanda gempa bumi kerana pulau itu terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik.

Pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran tsunami melainkan gempa bumi melebihi magnitud 7.0. -AFP

Media Baharu