fb fb fb fb fb

Gelombang haba melampau, Barat Australia berisiko berdepan kebakaran hutan

FOTO REUTERS

SYDNEY, 20 Januari- Agensi Biro Meteorologi Australia (BoM) meramalkan sebahagian daripada Australia Barat bakal dilanda cuaca panas terik ekoran gelombang haba melampau sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan di negeri berkenaan, kata badan ramalan cuaca berkenaan.

Menurut Biro Meteorologi itu lagi, suhu gelombang haba melampau di beberapa kawasan seperti Pilbara dan Gascoyne mampu mencecah 40 darjah Celsius pada hujung minggu.

Sebagai contoh, di Pilbara, sebuah bandar perlombongan yang terletak kira-kira 1,500 kilometer (KM) di utara Perth suhu yang dicatatkan adalah 47 darjah Celsius pada Sabtu melebihi enam darjah Celsius dan purata maksimum.

Cuaca panas melampau tersebut berisiko meningkatkan kebakaran hutan yang dikaitkan dengan El-Nino.

"Keadaan yang sangat panas dan kering digabungkan dengan tiupan angin daripada pelbagai arah akan membawa kepada bahaya kebakaran yang tinggi ," kata agensi ramalan kaji cuaca itu di laman sesawangnya.

Amaran itu dikeluarkan selepas beratus-ratus anggota bomba awal bulan ini berhempas-pulas dengan aktiviti kebakaran hutan berhampiran Perth di tengah-tengah suhu yang meningkat, menyebabkan pemindahan penduduk ke kawasan yang selamat.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD