fb fb fb fb fb

Gelombang haba, kebakaran hutan di Perancis gambaran masa depan buruk

Keadaan gelombang haba di Perancis/ AFP

PARIS, 2 September – Gelombang haba berterusan dan kebakaran hutan dahsyat yang melanda Perancis tahun ini adalah 'gambaran awal apa yang bakal berlaku' apabila perubahan iklim mendorong suhu musim panas hampir mencapai paras tertinggi dalam rekod.

Menteri Transformasi Ekologi Agnes Pannier-Runacher berkata, beberapa bulan kebelakangan ini, sebahagian besar Eropah mengalami gelombang haba yang mengorbankan nyawa, kemarau teruk dan kebakaran hutan besar, manakala negara-negara di seluruh dunia turut mencatat lonjakan suhu bersejarah.

"Kita semua tahu bahawa musim panas yang kita alami ini dalam banyak hal merupakan satu titik perubahan"

"Ia adalah gambaran awal terhadap apa yang bakal berlaku, malangnya, kerana gelombang haba akan menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada tahun-tahun akan datang," katanya kepada pemberita dalam sidang media.

Musim panas 2025 direkodkan sebagai ketiga terpanas di Perancis sejak agensi cuaca negara itu, Meteo France, mula merekodkan suhu pada 1900, dan berada di tempat kedua dari segi bilangan hari gelombang haba.

Negara itu juga mengalami kebakaran hutan yang dahsyat, termasuk satu kebakaran di kawasan Mediterranean yang disifatkan sebagai paling buruk dalam sekurang-kurangnya setengah abad.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI