fb fb fb fb fb

Gaza terus dibedil, 40 terkorban dalam serangan terbaharu Israel

Foto Reuters

KAHERAH, 9 Ogos - Sekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam serangan udara terbaharu rejim Isreal ke atas Gaza pada Khamis.

Israel mengaku menyasarkan puluhan lokasi dalam tempoh 24 jam lalu.

Serangan di dua buah sekolah mengorbankan lebih 18 orang dan mencederakan 60 yang lain sementara lebih 40 masih hilang, kata Perkhidmatan Kecemasan Awam wilayah itu dalam satu kenyataan.

Tentera Israel menyatakan sekolah tersebut menempatkan pusat arahan Hamas.

Serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Kem Pelarian Al-Bureij pula meragut 15 nyawa manakala di kem Al-Nuseirat mengorbankan empat nyawa., kata pakar perubatan. Nuseirat dan Bureij adalah antara lapan kem bersejarah di kawasan yang padat penduduk itu dan dilihat oleh Israel sebagai kubu kuat militan bersenjata.

Serangan ke atas sebuah rumah di Kem Pelarian al-Bureij pula meragut 15 nyawa.

Empat lagi terkorban dalam bedilan ke atas lokasi berhampiran Kem Pelarian Al-Nuseirat.

Turut menjadi sasaran, sebuah rumah di tengah-tengah Bandar Gaza di utara, membunuh lima rakyat Palestin, manakala satu lagi serangan udara di bandar selatan Khan Younis membunuh seorang dan mencederakan yang lain.

Perang Israel–Palestin yang tercetus sejak 7 Oktober lalu telah meragut lebih 40,300 nyawa dengan lebih 92,000 lagi cedera.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN