GAZA, 2 Februari - Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengeluarkan video pengebumian seorang wanita berusia 75 tahun dan bayi berusia 45 hari.
Kedua-dua rakyat Palestin itu dikatakan meninggal dunia akibat kekurangan bekalan oksigen.
Mereka merupakan pesakit di hospital Al-Amal di Khan Younis, Gaza.
PRCS menjelaskan, doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana berdepan kekangan bekalan oksigen.
Kementerian Kesihatan Palestin pada Ahad memberi amaran fasiliti kesihatan di Khan Younis berdepan risiko untuk lumpuh sepenuhnya. - REUTERS