fb fb fb fb fb

F1: Hamilton tinggalkan Mercedes, sertai Ferrrari pada 2025

Lewis Hamilton mengesahkan akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari 2025/FOTO AFP

PARIS, 2 Februari - Satu kejutan berlaku dalam sukan lumba kereta Formula One (F1).

Juara dunia tujuh kali F1, Lewis Hamilton bakal meninggalkan Mercedes mulai tahun depan.

Keputusan itu diumumkan semalam, selepas pemandu dari Britain itu melanjutkan kontraknya dengan Mercedes selama dua tahun.

Ini bermakna Lewis akan menyertai Ferrari pada musim 2025.

Bagaimanapun, difahamkan terdapat klausa dalam kontrak berkenaan yang menyebut bahawa dia dibenarkan meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Brackley, England itu pada hujung tahun ini.

Hamilton, 39 tahun telah bersama Mercedes selama 11 tahun dan menjadi juara dunia sembilan kali.

Hamilton berkata, dia menyertai Ferrari kerana mahukan cabaran baharu.

Kontraknya dengan Ferrari untuk tempoh beberapa tahun dan akan berganding dengan Charles Leclerc.

“Ferrari dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada 2025, dengan kontrak berbilang tahun,” kata pasukan Itali itu dalam satu kenyataan.

Ferrari, akui pernah mengadakan perbincangan dengan Hamilton pada 2019 mengenai kemungkinan menyertai pasukan itu pada masa hadapan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN