NEW YORK, 9 Februari- Gaza boleh dibina semula tanpa memindahkan penduduk Palestin, kata pakar perumahan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Balakrishnan Rajagopal.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Rajagopal menekankan bahawa kira-kira 70 peratus daripada bangunan di Gaza telah musnah akibat serangan tentera Israel.
"70 peratus daripada kawasan tersebut boleh dibina semula dalam tempoh lima hingga 10 tahun.
"Anggaran kos untuk pembinaan semula Gaza dianggarkan sekitar AS$60 bilion," lapor WAFA.