fb fb fb fb fb

Garry Conille angkat sumpah Perdana Menteri Haiti

Garry Conille/ FOTO REUTERS

HAITI, 4 Jun - Garry Conille mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin dengan menyatakan janjinya untuk mengeluarkan negara itu daripada belenggu kemiskinan, jaminan keselamatan negara dan kestabilan politik.

Majlis Presiden Peralihan melantik Conille, 58 ekoran peletakan jawatan Ariel Henry pada April.

"Mari kita mula bekerja dan saya memberi jaminan bahawa kita akan menunaikan apa yang kita janjikan," kata Conille pada majlis di Villa d'Accueil, sebuah bangunan rasmi kerajaan di ibu negara Port-au-Prince.

"Angkat sumpahnya memberinya kuasa untuk membentuk kerajaan dengan berunding dengan majlis itu, kata ketuanya," Edgard Leblanc Fils.

"Kami mengharapkan Dr. Conille untuk melaksanakan dasar yang dipersetujui dengan majlis presiden, bagi menangani masalah ketidakamanan khususnya, serta meningkatkan ekonomi negara, mereformasi institusinya dan mengadakan pilihan raya yang berwibawa, demokratik dan bebas menjelang 2025," tambahnya.

Sebagai seorang doktor perubatan, Conille telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Haiti untuk tempoh yang singkat iaitu pada 2011-2012 dan sebagai menjadi pengarah serantau untuk agensi bantuan PBB UNICEF.

Sementara itu Ariel Henry memimpin negara sebagai Perdana Menteri selepas kematian Presiden Jovenel Moise pada 2021 dan sejak itu Haiti tidak mempunyai presiden.

Keganasan telah menjejaskan keselamatan makanan dan akses kemanusiaan negara itu.

Mandat majlis presiden peralihan dijangka berakhir selewat-lewatnya Februari 2026. - AFP

TETITIA YUSOFF