fb fb fb fb fb

Modi dijangka menang penggal ke-3 pilihan raya umum

FOTO REUTERS

NEW DELHI, 4 Jun - Perdana Menteri India Narendra Modi dijangka memenangi untuk penggal ketiga dalam pilihan raya umum apabila jumlah pengundi yang keluar mengundi mencecah hingga 642 juta.

Tinjauan mendapati Modi akan mendapat kemenangan besar kerana beliau menyuarakan keyakinan rakyat India dalam jumlah paling ramai memilih semula kerajaan pimpinannya.

Pelabur menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara itu akan melonjak dan kukuh dengan pembaharuan pro-perniagaan bagi India dan dijangkakan juga, majoriti dua pertiga di parlimen yang membawa perubahan besar kepada perlembagaan.

Direkodkan hampir satu bilion rakyat negara itu layak mengundi namun hanya 66.3 peratus pengundi keluar mengundi, turun sedikit berbanding pilihan raya umum lepas pada 2019.

Modi, 73 memegang jawatan Perdana Negeri India sejak tahun 2014 dengan menjanjikan pertumbuhan dan perubahan terhadap negara itu.

Beliau memulakan kempennya untuk membawa pertubuhan ekonomi, dasar kebajikan, nasionalisme Hindu dan secara peribadi menyatakan komitmennya untuk memenuhi janji yang disebut 'Jaminan Modi'. - REUTERS

TETITIA YUSOFF