fb fb fb fb fb

Buat pertama kali Biden sifatkan Trump sebagai penjenayah

Joe Biden/FOTO REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 4 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan Donald Trump sebagai 'penjenayah yang disabitkan kesalahan' yang sanggup memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan bayaran bertujuan menutup mulut menjelang pemilihan presiden pada 2016.

Biden, 81 menyatakan perkara itu buat kali pertama sejak Trump disabitkan kesalahan jenayah itu.

"Buat pertama kali dalam sejarah Amerika, bekas presiden yang merupakan penjenayah yang disabitkan bersalah kini mencari jawatan presiden." kata Biden.

Biden berkata serangan Trump terhadap sistem keadilan AS disamping bekas presiden Republikan itu mendakwa ia keputusan yang memalukan dan turut mengecam hakim perbicaraan, adalah merupakan sesuatu yang berbahaya.

"Walaupun itu mengganggu, lebih merosakkan ialah serangan habis-habisan yang dilakukan Donald Trump terhadap sistem keadilan Amerika Syarikat," kata Biden.

Penyandang Demokrat itu berkata Trump yang ditewaskannya pada pilihan raya 2020 akan menimbulkan ancaman yang lebih besar jika dia memenangi penggal kedua.

"Sesuatu berlaku pada lelaki ini secara nyata" selepas 2020, kata Biden. "Ia benar-benar membuatkan dia gila."

Biden juga mengkritik dakwaan Trump bahawa dengan menghantarnya ke penjara akan mencetuskan keganasan politik dalam kalangan penyokongnya.

"Dia berkata jika dia kalah akan berlaku pertumpahan darah di Amerika. Lelaki jenis apakah ini?" Biden memberitahu penyokong. - AFP

TETITIA YUSOFF