NEW ZEALAND, 4 Jun - Sebuah Pusat Aeroangkasa Nasional akan dibangunkan di pantai timur Pulau Selatan New Zealand sekali gus bakal menjadi hab global untuk penerokaan pesawat dan penerokaan angkasa lepas.
New Zealand mengalu-alukan syarikat aeroangkasa dari seluruh dunia untuk menubuhkan Pusat Aeroangkasa Nasional Tawhaki yang baharu di Kaitorete spit di tapak pantai sepanjang 25 kilometer (15.5 batu).
Setakat ini projek itu memerlukan pelaburan sebanyak NZ$29.4 juta ($17.97 juta) untuk merealisasikan rancangan itu yang akan menjadi penyumbang ekonomi terhadap negara itu selain bidang pertanian.
"Terdapat pelbagai projek angkasa lepas dan aeroangkasa yang maju yang mula berkembang dan mencipta banyak pekerjaan dan nilai tinggi untuk New Zealand," kata pengasas Kea Aerospace dan presiden Aerospace New Zealand, Mark Rocket.
Bagaimanapun ada beberapa kekangan yang perlu dilihat sebelum membina pusat aeroangkasa itu.
Salah satu pelabur, Rocket berkata kerajaan masih perlu meningkatkan penyumberan kepada pengawal selia untuk memendekkan masa yang diperlukan untuk syarikat baharu mendapat kelulusan.
Di Tawhaki beberapa syarikat termasuk anak syarikat Boeing Wisk menggunakan kemudahan itu untuk mencuba teknologi baharu.
Di peringkat global industri angkasa lepas dan aeroangkasa dilihat berkembang pesat. - REUTERS