fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan gula selesai, bekalan tambahan diagih

(Foto fail)

SEPANG, 2 Mei- Bekalan gula di Pantai Timur pulih sepenuhnya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut beliau gangguan bekalan berpunca daripada penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di Johor dan Perai, Pulau Pinang bersempena sambutan Aidlfitri.

Pihak kementerian bekerjasama rapat dengan dua kilang pengeluar gula tempatan iaitu, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dan MSM Malaysia bagi memastikan isu bekalan gula dapat diatasi segera.

"Saya harap penduduk- penduduk tidak panik dan juga tidak terpedaya dengan isu yang dimainkan (kononnya) harga gula akan naik. Jadi setakat yang kita buat pemantauan beberapa hari ini, pihak penguat kuasa telah dapat mengatasi isu kekurangan ini," kata Salahuddin dalam sidang media mengenai isu bekalan gula di Pantai Timur, di sini.

Kedua- dua kilang tersebut beroperasi semula pada 25 April lepas.

Bekalan gula tambahan akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan daripada KPDN Kelantan.

KPDN turut memberi jaminan setakat hari ini, tidak ada sebarang kenaikan harga gula.


(Datuk Seri Salahuddin berkata gangguan bekalan gula selesai, bekalan tambahan diagih)

Media Baharu