fb fb fb fb fb

Curi batu nisan: JAINJ perkenal SOP baharu

(Jamaludin berkata tidak menolak kemungkinan 11 batu nisan yang dicuri
dijual semula, berikutan harganya yang tinggi di pasaran)

JOHOR BAHRU, 2 Mei- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIN) memperkenalkan SOP baharu di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, Johor Bahru susulan kes kecurian batu nisan baru-baru ini.
 
Antaranya kebenaran masuk kepada pelawat dihadkan kepada pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

Selain itu, tiga pintu masuk ke kawasan itu ditutup dan pelawat hanya dibenar menggunakan laluan utama, manakala rondaan polis pada waktu malam dipertingkat.
 
JAINJ juga akan menyediakan peruntukan tambahan kepada pengurusan tanah perkuburan tersebut untuk menaik taraf stor dan keceriaan kawasan berkenaan.
 
Pengarah JAINJ, Jamaludin A. Hamid tidak menolak kemungkinan 11 batu nisan yang dicuri dijual semula, berikutan harganya yang tinggi di pasaran.
 
"Kita faham bahawa selepas PKP ada yang ambil kesempatan jalan mudah dan batu sungai yang dicuri itu berharga lebih kurang RM450 satu, jadi agak lumayan juga," kata Jamaludin semasa melawat Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa di sini.
 
Selain batu sungai, turut dilaporkan hilang ialah batu nisan jenis terazo dan marmar.
 
Sebelum ini tular di media sosial mengenai kehilangan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, yang dikesan ketika waris datang melawat.

(Jamaludin berkata JAIN memperkenalkan SOP baharu di Tanah Perkuburan Islam Taman
Istimewa, Johor Bahru susulan kes kecurian batu nisan baru-baru ini)


 

Media Baharu