fb fb fb fb fb

Gagal pertahankan bandar, Zelensky pecat ketua perkhidmatan keselamatan Kharkiv

KIEV, 30 Mei- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memecat ketua perkhidmatan keselamatan Kharkiv, Roman Dudin.

Zelensky berkata individu itu dipecat kerana tidak bekerja untuk mempertahankan bandar itu sejak pencerobohan Rusia.

Terdahulu, pejabat Zelensky menyiarkan video Presiden Ukraine itu memakai jaket kalis peluru sambil melihat bangunan yang musnah di sekitar Kharkiv.

Pejabat Presiden memaklumkan sebanyak 2,229 unit bangunan musnah di bandar tersebut.

Pemimpin Ukraine itu berpangkalan di Kiev sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan serangan besar-besaran pada 24 Februari.

Dalam video itu, askar Ukraine menunjukkan Zelensky memusnahkan trak di tepi jalan.

Beliau juga bertemu pegawai tempatan, Gabenor wilayah Kharkiv dan Datuk Bandar untuk membincangkan program pembangunan semula untuk wilayah berkenaan.


(Foto AFP)

Media Baharu