fb fb fb fb fb

Fumio Kishida positif COVID-19

(Foto pada 12 Ogos 2022, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menerima
dos keempat vaksin coronavirus baharu untuk Covid-19 di Tokyo/AFP)

TOKYO, 21 Ogos- Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida positif COVID-19, kata pejabatnya hari ini.

Beliau dijangka menghadiri persidangan pembangunan Afrika di Tunisia.

Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Jepun memberitahu AFP, Kishida menjalani ujian saringan RT-PCR COVID-19 "selepas mengalam demam dan batuk."

Laporan dalam media tempatan termasuk penyiar awam NHK berkata beliau kini mungkin menghadiri Persidangan Antarabangsa Tokyo mengenai Pembangunan Afrika (TICAD) pada 27-28 Ogos secara dalam talian.

Jepun tidak mengenakan perintah kawalan pergerakan yang ketat, dan langkah anti-jangkitan telah ditarik balik pada Mac di seluruh negara.

Walaupun sebahagian sempadan negara telah dibuka semula, namun kemasukan pelancong masih dilarang melainkan mereka melakukan perjalanan secara berkumpulan. -AFP

(Foto pada 17 Februari 2022, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida
bercakap pada sidang akhbar COVID-19/AFP)

Media Baharu