fb fb fb fb fb

16 orang maut kemalangan bas mini, lori di Rusia

(FOTO AFP)

MOSCOW, 22 Ogos- 16 orang dilaporkan terbunuh apabila sebuah bas mini bertembung dengan dua buah lori di wilayah Ulyanovsk, selatan Rusia, pada Ahad.

Menurut saksi, sebuah lori melencong dari jalan dan bertembung dengan sebuah bas mini yang dalam perjalanan dari arah bertentangan, berhampiran perkampungan Nikolayevka.

Ketika kemalangan, bas tersebut turut dirempuh dari belakang oleh sebuah lori lain.

Menurut rakaman yang disiarkan oleh saluran televisyen Rusia, Ren TV, bas mini itu hampir diratakan oleh kedua-dua lori tersebut.

Mereka yang maut adalah 14 orang warga Kyrgyz dan dua warga Rusia, menurut agensi berita rasmi TASS.

Menteri Hal Ehwal Luar Kyrgyzstan turut mengesahkan kematian 14 rakyat negara itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tiga orang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang mengalami kecederaan serius dibawa ke hospital, kata gabenor wilayah Ulyanovsk Alexei Ruskikh di Telegram.-AFP

(Keadaan bas mini yang remuk, kemalangan mengakibatkan 16 orang maut/AFP)

Media Baharu