KHAN YUNIS, 15 Ogos - Beberapa letupan dilaporkan menggegarkan kawasan Abu Hamed di tengah Khan Yunis, Gaza, malam tadi susulan operasi ketenteraan Israel.
Rakaman memaparkan cahaya suar menerangi langit, disusuli kepulan asap tebal di udara.
Sebuah ambulans dilihat beredar dari Hospital Nasser manakala sebuah lagi berada di pekarangan hospital berkenaan.
Insiden terbaharu itu berlaku ketika serangan berterusan Israel di Gaza sejak beberapa minggu lalu. -AFP