fb fb fb fb fb

flydubai, umum operasi semula di lapangan terbang Kabul

(FOTO HIASAN)

DUBAI, 12 Oktober- Syarikat penerbangan tambang rendah flydubai mengumumkan penerbangan ke Kabul pada Khamis, muncul sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang menyambung semula perkhidmatannya ke destinasi itu sejak pengunduran tentera AS pada 2021.

Penerbangan dua kali sehari akan bermula pada 15 November, kata syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai itu.

"flydubai... hari ini mengumumkan penyambungan semula penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul," kata satu kenyataan di laman web syarikat penerbangan itu.

Operasi penuh lapangan terbang Kabul yang dimusnahkan semasa pemindahan besar-besaran orang awam dilihat sebagai penting untuk memulihkan ekonomi Afghanistan.

Pada masa ini, Syarikat Penerbangan Kam Air dan Ariana Afghan Afghanistan mengendalikan perkhidmatan terhad dari Kabul ke destinasi termasuk Dubai, Moscow, Islamabad dan Istanbul.

Tahun lepas, sebuah syarikat Emiriah Arab Bersatu, GAAC, menandatangani kontrak untuk menguruskan trafik udara Afghanistan, perjanjian yang dijangka membawa kembali syarikat penerbangan antarabangsa.

GAAC, yang berpangkalan di ibu negara UAE, Abu Dhabi, juga mempunyai kontrak untuk menyediakan perkhidmatan pengendalian darat dan pemeriksaan keselamatan di tiga lapangan terbang Afghanistan.

flydubai akan menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang mengendalikan penerbangan Kabul dalam tempoh dua tahun, kata konsulat Afghanistan di Dubai di laman Facebooknya.

"Ia akan menjadi permulaan penyambungan semula penerbangan untuk syarikat penerbangan antarabangsa lain", tambah konsulat itu.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu