fb fb fb fb fb

Ferrero henti beli minyak sawit Sime Darby

(Antara coklat keluaran Ferrero/FOTO HIASAN REUTERS)

KUALA LUMPUR, 15 April- Syarikat konfeksionari utama Itali, Ferrero bercadang menghentikan pembelian sumber minyak sawit dari Sime Darby Plantation Bhd.

"Ferrero akan mematuhi keputusan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS," kata Ferrero, yang menggunakan minyak sawit dalam penghasilan coklat Ferrero Rocher dan Nutella kepada Reuters menerusi emel.

Syarikat itu berkata, ia meminta pembekal globalnya untuk berhenti membekalkan minyak sawit dan minyak isirong sawit daripada Sime Darby.

Walaupun Ferrero membeli hanya sedikit minyak boleh dimakan daripada Sime Darby, namun syarikat itu mengambil langkah sama seperti Hershey Co dan General Mills Inc.

Sime Darby memberitahu Reuters bahawa syarikat itu telah mengambil langkah sewajarnya dan semua pemegang berkepentingan komited terhadap kemampanan yang boleh diyakinkan dengan komitmen dan kepimpinannya dalam industri.

(Ferrero, menggunakan minyak sawit dalam penghasilan
coklat Ferrero Rocher dan Nutella/FOTO REUTERS)

Menurut laporan Reuters pada 2020 CBP AS mendakwa mempunyai bukti mencukupi bahawa barangan firma itu tertakluk kepada penyitaan atas alasan penggunaan buruh paksa.

Ferrero berkata produk dan jenamanya di Amerika Syarikat telah berhenti mendapatkan sumber daripada Sime Darby pada Januari 2021.

Baru-bari ini, Menteri Perusahaan Perladangan, dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin mahu AS lebih telus dalam memberikan maklumat tepat kepada pihak yang terkesan dengan tindakan CBP AS atas dakwaan wujud elemen buruh paksa dalam sektor perladangan negara ini.

Untuk rekod, minyak sawit adalah salah satu minyak sayuran paling murah dan paling cepat berkembang, digunakan dalam produk daripada makanan, kosmetik juga biodiesel.

Media Baharu