fb fb fb fb fb

Feri karam dilanggar kapal kargo,enam penumpang maut, usaha mencari diteruskan

NARAYANGANJ, 21 Mac - Pasukan penyelamat menemukan enam mayat selepas sebuah kapal kargo melanggar sebuah feri di sungai berhampiran ibu negara Bangladesh.

Kemalangan itu berlaku di Sungai Shitalakshya, daerah Narayanganj di tenggara Dhaka.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pengangkutan Air Dalam Negeri Bangladesh (BIWTA), Golam Sadeq mengesyaki bahawa terdapat 15 hingga 20 lagi penumpang mungkin terperangkap dalam feri yang tenggelam itu.

(Anggota bomba dan pertahanan awam menjalankan operasi menyelamat selepas sebuah
feri karam di sungai Shitalakshya di Narayanganj - FOTO AFP)

Inspektor polis, Aslam Mia memberitahu, feri tersebut dipercayai membawa 60 penumpang, dengan 22 daripadanya telah berenang ke darat.

Anggota pasukan pengawal pantai dan penyelam turut membantu usaha menyelamat.

Kemalangan feri adalah perkara biasa di Bangladesh dimana kebanyakannya akibat navigasi yang lemah dan kurangnya penguatkuasaaan undang-undang trafik.

Sebuah feri karam di Dhaka Jun lalu selepas berlanggar dengan kapal lain, mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang. - AFP

Media Baharu