BELGIUM, 21 Mac - Sebuah kereta yang dipandu laju melanggar penonton karnival di sebuah bandar kecil di selatan Belgium mengakibatkan enam orang terbunuh dan 10 yang lain cedera.
Puluhan lagi mengalami kecederaan ringan.
Pihak berkuasa berkata, siasatan awal mendapati ia bukanlah serangan pengganas. Dua penduduk tempatan berumur 30an ditahan di tempat kejadian.
Penonton mula berkumpul sejak awal pagi bagi menyaksikan karnival tradisi yang diadakan semula setelah dibatalkan selama dua tahun akibat COVID-19.
Datuk Bandar, Jaques Gobert berkata, hari yang sepatutnya menjadi sambutan penuh meriah bertukar menjadi malapetaka negara.
Pemandu dan individu kedua ditahan selepas kereta yang dipandu terhenti beberapa ratus meter kemudian. - AFP