fb fb fb fb fb

Tembakan di pameran kereta, seorang maut, 24 cedera

ARKANSAS, 21 Mac - Sekurang-kurangnya seorang maut dan 24 lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak dalam kejadian tembakan di luar satu pameran kereta di Arkansas, Amerika Syarikat.

Polis Negeri Arkansas berkata, seorang individu telah ditahan dan masih mencari seorang lagi yang mungkin telah membuat tembakan ke arah orang ramai pada petang Sabtu itu.

Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan terdapat tembakan senjata api di sebuah pusat perniagaan dengan pameran kereta sedang berlangsung.

(FOTO AFP)

Pameran kereta merupakan sebahagian daripada acara komuniti yang diadakan pada setiap musim luruh untuk mengumpul dana biasiswa dan bekalan sekolah.

Penganjur pameran kereta, Wallace McGehee merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan komuniti.

McGehee mengatakan, ianya merupakan suatu tragedi. Pameran itu telah 16 tahun diadakan tanpa sebarang kejadian buruk. -AFP

Media Baharu