FOTO AFP
MANILA, 17 Januari - Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina hari ini menolak petisyen untuk menghalang anak lelaki mendiang diktator, Ferdinand Marcos daripada bertanding pada Pilihan Raya Presiden, Mei ini.
Ia adalah satu daripada beberapa aduan yang difailkan kumpulan tertentu dalam usaha untuk menggagalkan cubaan Ferdinand Marcos Jr bertanding.
Marcos Jr muncul sebagai calon pilihan, selepas dituduh memutar belit kelayakannya berikutan sabitan cukai sebelum ini.
Bagaimanapun, peguam dalam petisyen itu berkata Bahagian Kedua Suruhanjaya Pilihan Raya (COMELEC) menolak aduan itu.
Menurutnya, Bahagian Kedua memutuskan tiada alasan untuk membatalkan sijil pencalonan Marcos Jr atas alasan bahan representasi.
Jurucakap Marcos Jr sementara itu mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kerana menegakkan undang-undang dan hak setiap calon untuk bertanding.
Pilihan raya Presiden Mei ini akan memilih pengganti Rodrigo Duterte yang dilarang oleh perlembagaan daripada penggal kedua yang bakal berlangsung pada 9 Mei depan.