fb fb fb fb fb

Fenomena pelangi 'berkembar' muncul di Colorado

@paulacosta901 via Spectee/Reuters

COLORADO, 16 Mei- Fenomena pelangi berganda atau berkembar telah muncul menghiasi langit dekat sini, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Pelangi berkembar itu dirakam pada 13 Mei lalu di kawasan kejiranan Merino.

Video menunjukkan pemandangan memukau tersebut telah dikongsi dalam platform media sosial X menerusi akaun @paulacosta901.

Pelangi kembar adalah dua pelangi yang terlihat muncul pada waktu sama. Fenomena berkenaan disifatkan sebagai kejadian jarang berlaku dan menakjubkan.

Ia berlaku apabila cahaya melalui titisan hujan, dipantulkan di dalam, dan dipantulkan kembali ke luar. Hal ini kemudian menyebabkan munculnya pelangi kembar.

Jarak kedua pelangi kebiasannya sekitar 10 darjah. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA