fb fb fb fb fb

Xi Jinping puji hubungan China-Rusia

Vladimir Putin (kiri) dan Xi Jinping menghadiri majlis sambutan rasmi di Beijing/REUTERS

BEIJING, 16 Mei- Presiden China Xi Jinping bersedia untuk bekerjasama dengan rakan sejawatannya Presiden Rusia Vladimir Putin dalam mengadakan rundingan sehari di Beijing.

China disifatkan akan "sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik" Rusia, menurut media negara itu.

Putin tiba di China pada Khamis dalam lawatan kerja selama dua hari yang akan membincangkan mengenai Ukraine, Asia, tenaga dan perdagangan.

"Hubungan China-Rusia diperoleh dengan keadaan yang sukar. Kedua-dua pihak perlu menghargai usaha itu," kata Xi kepada Putin di Dewan Besar Rakyat Beijing.

"China bersedia untuk bersama-sama mencapai pembangunan negara masing-masing, selain memfokuskan kesaksamaan dunia."

China dan Rusia mengisytiharkan perkongsian "tiada had" pada Februari 2022 apabila Putin melawat Beijing sebelum beliau menghantar puluhan ribu tentera ke Ukraine.

Putin memberitahu Xi kerjasama mereka adalah penentu kestabilan.

Putin menggariskan kedua-duanya perlu mengukuhkan kerjasama nuklear dan tenaga kepada bekalan makanan dan pembuatan kereta China di Rusia dalam sesi pertemuan itu.

Kedua-dua pemimpin secara rasmi menandatangani satu kenyataan bagi memperdalam hubungan strategik.

Dalam temu bual dengan agensi berita China Xinhua, Putin memuji Xi kerana membantu membina perkongsian itu berdasarkan kepentingan nasional dan kepercayaan bersama yang mendalam.

"Ia adalah tahap tinggi perkongsian strategik antara kedua-dua negara. China menjadi negara pilihan pertama yang saya lawati selepas memegang jawatan sebagai presiden," kata Putin.

Penasihat Dasar Luar Kremlin Yuri Ushakov berkata rundingan itu akan meliputi Ukraine, Asia, tenaga dan perdagangan.

Rundingan berkenaan dijangka akan dihadiri Menteri Rertahanan Rusia Andrei Belousov; Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov; Setiausaha Majlis Keselamatan Sergei Shoigu dan Ushakov serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rusia.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI