WASHINGTON, 10 Oktober -Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS) mengeluarkan amaran fenomena cuaca La Nina kembali dengan lebih lemah dan tidak akan memberikan kesan musim sejuk yang ketara seperti yang pernah dilihat pada fenomena terdahulu.
Ia sekali gus mengehadkan kemampuan fenomena tersebut dalam menyejukkan suhu global dan meningkatkan aktiviti taufan di Lautan Atlantik.
Menurut NWS, La Nina mula muncul kembali pada September lalu, ditandai dengan pengembangan kawasan suhu permukaan laut yang berada di bawah paras purata di Lautan Pasifik tengah dan timur.
Agensi cuaca tersebut menjangka La Nina akan berterusan sepanjang musim sejuk ini, dengan kemungkinan 55 peratus fenomena tersebut akan beralih kembali ke fasa neutral antara Januari hingga Mac 2026.
Musim taufan Atlantik berlaku dari 1 Jun hingga 30 November setiap tahun.
Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) masih menjangkakan musim taufan yang lebih aktif daripada biasa tahun ini, namun setakat ini aktiviti taufan adalah sedikit di bawah purata dan tiada taufan yang melanda daratan Amerika Syarikat.