WASHINGTON, 2 Mei - Kesatuan Eropah (EU) dilapor sedang menyediakan sekatan baharu terhadap Rusia.
Ia merupakan pusingan ke-17 sekatan ke atas negara tersebut.
Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot berharap usaha tersebut dapat diselaraskan dengan Amerika Syarikat (AS).
"Kami warga Eropah akan mengiringi (sekatan) Amerika ini dengan pakej sekatan ke-17 dan saya berjanji kepada Lindsey Graham (Senator AS) bahawa kami akan cuba menyelaraskan kedua-dua bahan dan masa kedua-dua pakej sekatan ini."
Barrot berkata demikian kepada AFP
"Kini sudah jelas bahawa satu-satunya halangan kepada keamanan di Ukraine ialah Presiden Rusia, Vladimir Putin," kata Barrot.