fb fb fb fb fb

WHO kecam kekejaman di Gaza

GENEVA, 2 Mei - Situasi mengerikan di Gaza terus dikecam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seorang pegawai tertinggi pertubuhan itu, membangkitkan kemarahan dan menegaskan bahawa dunia membenarkan "kebencian" berterusan.

"Kita perlu bertanya kepada diri sendiri.

"Berapa banyak darah yang cukup untuk memenuhi objektif politik," kata Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan kepada pemberita di Geneva.

"Kita menghancurkan tubuh dan minda kanak-kanak di Gaza. Kita menyebabkan mereka kelaparan. Jika kita tidak melakukan sesuatu bermakna kita bersubahat.

Sekatan dilakukan Israel menyebabkan semua aliran masuk untuk bantuan antarabangsa ke Palestin, terjejas.

Jumaat lalu, Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan semua bekalan makanannya di Gaza kini kehabisan selepas lebih tujuh minggu zionis menyekat kemasukan bantuan dan Gaza kini di ambang kebuluran.

Ryan mengakui sebagai seorang pengamal perubatan beliau agak kecewa dengan dirinya.

"Ini tidak boleh diteruskan. Ia adalah satu perkara yang keji." katanya.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID