fb fb fb fb fb

EU kecam tindakan ganas peneroka haram Israel

Peter Stano/AFP

RUSSELS, 1 November- Kesatuan Eropah (EU) mengecam peningkatan keganasan peneroka haram Israel di Tebing Barat yang merampas kediaman penduduk Palestin hingga menyebabkan kematian orang awam, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jurucakap Hal Ehwal Luarnya, Peter Stano menegaskan bahawa Israel perlu melindungi orang awam dan ia adalah kewajipan yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa.

"Keadaan boleh menjadi tidak terkawal dan menyebabkan penderitaan tidak terkata kepada masyarakat tempatan. Israel mempunyai kewajipan untuk melindungi orang awam di Tebing Barat daripada keganasan peneroka pelampau.

"Ia adalah kewajipan undang-undang yang mesti dipenuhi,” jelasnya.

Stano menambah, keganasan tersebut telah menambah lagi situasi yang sudah tragis di Gaza ketika ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA