fb fb fb fb fb

Erdogan gesa adakan sidang kemuncak pemimpin Islam mengenai perang di Gaza

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan/ Foto Fail: REUTERS

ANKARA, 10 September- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan sidang kemuncak tergempar bagi membincangkan perang di Gaza dan apa yang disebutnya sebagai serangan Israel ke atas Baitulmaqdis.

Erdogan, yang telah menjadi pengkritik lantang terhadap Israel semasa perang menentang kumpulan pejuang Hamas di Gaza, menyeru negara-negara Islam pada hujung minggu untuk membentuk pakatan menentang apa yang disifatkannya sebagai perluasan Israel.

Bercakap selepas mesyuarat kabinet di Ankara, Erdogan berkata Israel menyasarkan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada usaha perluasannya.

Baitulmaqdis dan masjid - yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount - adalah garis merah Ankara, tambahnya.

OIC mempunyai 57 negara anggota sebagai suara kolektif dunia Islam.

"Adalah tidak terfikir untuk OIC, yang tugasnya adalah untuk menjaga kepentingan Baitulmaqdis, untuk kekal acuh tak acuh terhadap serangan ini. Adalah penting untuk bersidang di peringkat kepimpinan tanpa membuang lebih banyak masa," kata Erdogan.

Beliau menambah bahawa Turkiye akan memohon kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague atas pembunuhan Israel terhadap seorang wanita Turki-Amerika, Aysenur Ezgi Eygi, dalam satu protes di Tebing Barat minggu lalu.

"Kami akan mengambil setiap langkah undang-undang agar darahnya tidak kekal di tanah.

"Pimpinan Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai akan bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah yang dilakukannya," ujarnya.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI