fb fb fb fb fb

Ukraine jatuhkan enam dron, dua peluru berpandu Rusia

Foto: FB General Staff of the Armed Forces of Ukraine

KIEV, 9 September- Tentera udara Ukraine telah menembak jatuh enam daripada lapan dron yang dilancarkan Rusia dan dua daripada tiga peluru berpandu semasa serangan semalaman ke atas empat wilayah di Ukraine.

Pihak berkuasa Kiev berkata, serangan ke atas bandar itu merupakan yang kelima pada September, namun tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan di ibu negara.

Rusia telah melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron untuk menyerang Ukraine sejak beberapa minggu lalu, mendorong Kiev untuk mengulangi kepada sekutu baratnya keperluan mendesak untuk pertahanan udara dan kapasiti serangan jarak jauh bagi menangkis serangan.

Hari ini, pertahanan udara menembak jatuh sasaran udara di wilayah Kiev dengan serpihan menyebabkan dua kebakaran di kawasan terbuka yang telah dipadamkan, kata pihak berkuasa wilayah.

Gabenor wilayah tengah Dnipropetrovsk, Serhiy Lysak berkata tentera udara menembak jatuh dua peluru berpandu di sana, sebagai tambahan kepada satu dron peninjau.

"Serangan Rusia ke atas bandar Nikopol di wilayah ini mencederakan tiga orang dan membunuh seorang gadis berusia 16 tahun," katanya.

Gabenor wilayah Cherkasy tengah berkata tentera memusnahkan satu dron dan serpihan menyebabkan kebakaran yang telah dipadamkan.

Kementerian tenaga berkata tentera Rusia juga telah menyerang kemudahan tenaga di tujuh wilayah dalam tempoh 24 jam.

Kenyataan itu tidak memperincikan skala kerosakan tersebut.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI