BANGKOK, 4 Disember- Enam tebusan warga Thailand dilepaskan oleh tentera Hamas telah tiba di Thailand pada Isnin, kata pegawai.
Puluhan ribu rakyat Thailand bekerja di Israel, kebanyakannya dalam sektor pertanian.
Kementerian luar Bangkok dan kumpulan Muslim Thailand berusaha dalam rundingan pembebasan sekurang-kurangnya 32 warganya yang ditahan oleh tentera Hamas.
Tujuh belas individu telah tiba pada minggu lepas dan enam individu lagi tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi ibu negara Thailand pada pukul 2.00 petang waktu tempatan.
Sejak dibebaskan tentera Hamas, keenam-enam mereka telah menjalani rawatan di sebuah hospital sebagai persiapan untuk membawa mereka pulang ke Thailand.
Menurut Kementerian Luar Thailand, lima daripada bekas tebusan dijangka dihantar pulang ke kampung mereka.
Kesemua individu yang dibebaskan adalah ketika gencatan senjata berkuat kuasa antara Hamas dan Israel.
Sembilan lagi warga Thailand masih menjadi tebusan.
Israel telah menyerang tentera Hamas pada 7 Oktober dengan melancarkan serangan udara dan laut yang telah meragut lebih 15,500 penduduk Palestin.
Kira-kira 30,000 warga Thailand berada di Israel. Majoritinya merupakan pekerja asing dari negara itu.- REUTERS