fb fb fb fb fb

Enam rakyat Palestin ditembak mati di Tebing Barat

Seorang wanita Palestin melihat rumahnya yang musnah di Tulkarm, Tebing Barat/ REUTERS

TULKARM, 22 November- Enam rakyat Palestin ditembak mati dalam serangan Israel di Tebing Barat yang diduduki, kata kementerian kesihatan Pihak Berkuasa Palestin.

Lebih 200 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera dan peneroka Israel di seluruh Tebing Barat sejak serangan di selatan Semenanjung Gaza pada 7 Oktober, menurut kementerian itu.

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari 1967 dan tenteranya kerap melancarkan serbuan di seluruh wilayah Palestin.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, tentera Israel menyerbu kem pelarian di bandar utara Tulkarem dan menahan seorang remaja berusia 16 tahun dengan luka di mukanya.

Seorang wanita muda berusia 26 tahun yang dipukul oleh tentera Israel telah dipindahkan ke hospital, tambah Bulan Sabit Merah.

Tentera Israel masih berada di kem pada pertengahan pagi Rabu, lapor seorang jurugambar AFP.

Tentera Israel tidak memberi sebarang jawapan ketika ditanya.

Bulan Sabit Merah Palestin turut memaklumkan seramai 26 orang cedera, termasuk empat dengan kesan tembakan, di bandar Tulkarem, Bethlehem, Tubas dan Qalqilya Tebing Barat.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI