fb fb fb fb fb

Enam orang maut dalam letupan kilang kayu di Vietnam

Foto hiasan

HANOI, 1 Mei- Seramai enam orang terbunuh dan tujuh orang yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah kilang kayu di selatan Vietnam, pagi tadi.

Media tempatan, VNExpress melaporkan insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 8.00 pagi melibatkan Syarikat Pengeluaran Kayu Binh Minh di wilayah Dong Nai. Letupan dipercayai berpunca daripada dandang (tangki) yang tidak berfungsi.

"Setibanya di tempat kejadian, saya melihat pemandangan yang mengerikan, serpihan bertaburan di merata tempat dan beberapa mayat bergelimpangan," kata saksi yang kepada media VNExpress.

Ketika kejadian kira-kira 30 pekerja sedang bekerja dan rakaman video daripada media menunjukkan sebahagian daripada bangunan itu runtuh serta bumbung besi terhempas ke tanah.

Letupan di daerah Vinh Cuu berlaku hanya beberapa minit selepas pekerja selesai menyelenggara dandang.-AFP

ROSLINA BINTI DIN