SRINAGAR, 9 Mac- Empat pegawai polis dan dua suspek terbunuh di Kashmir yang ditadbir India semasa pertempuran berlarutan. Insiden berkenaan turut menyebabkan beberapa polis cedera, menurut pasukan keselamatan.
Rising Star Corps tentera India menerusi hantaran media sosial memaklumkan bahawa "operasi tanpa henti" membawa kepada "kematian dua individu" yang menentang pemerintahan India di Kashmir.
Ketua Polis Nalin Prabhat memaklumkan pertempuran bermula pada Khamis di kawasan berhutan di Kathua di selatan wilayah yang dipertikaikan apabila peronda polis diserang hendap, menyebabkan empat polis maut.
Majoriti penduduk Kashmir beragama Islam berpecah antara musuh bersenjata nuklear India dan Pakistan sejak kemerdekaan pada 1947, ia susulan kedua-duanya menuntut wilayah itu sepenuhnya.
Prabhat mendakwa individu terbunuh dipercayai melarikan diri dari kepungan oleh pasukan keselamatan empat hari sebelumnya.
"Kami tidak akan tidur hingga kami dapat menghentikan pertempuran ini," kata Prabhat.
Pertempuran berkurangan sejak 2019, apabila kerajaan Perdana Menteri India Narendra Modi mengenakan kawalan langsung ke atas Islamabad dari New Delhi selepas membatalkan sebahagian autonominya.
Bagaimanapun tahun lepas beribu-ribu tentera tambahan, termasuk pasukan khas, dikerahkan merentasi pergunungan selatan wilayah itu berikutan beberapa siri serangan maut yang menyebabkan lebih 50 tentera terbunuh dalam tempoh tiga tahun.- AFP