fb fb fb fb fb

Enam maut di India selepas rempuh belakang lori

Beberapa lelaki cuba menarik kereta mangsa dalam usaha menyelamatkan mereka/Reuters

ANDHRA PRADES, 26 April- Seramai enam orang maut di India selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang diparkir di tepi jalan di sini, semalam.

Empat lelaki, seorang wanita dan seorang individu yang gagal dikenal pasti identitinya dilapor dalam perjananan dari Hyderabad menuju ke bandar Vijayawada di sini pada awal pagi kejadian.

Namun, kesemua mereka menemui ajal apabila melanggar lori yang rosak itu.

Rakaman menunjukkan pegawai polis dan penduduk tempatan berada di tempat kejadian.

Beberapa lelaki juga dilihat menyambung tali di bawah kereta mangsa dalam usaha menarik kenderaan itu yang 'terperosok' pada belakang lori berkenaan. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA