fb fb fb fb fb

Universiti Columbia hadapi aduan persekutuan, tangkap penunjuk perasaan

Pelajar terus membantah dan menyokong rakyat Palestin di kampus Universiti Columbia/REUTERS

WASHINGTON, 25 April- Sebuah kumpulan pro-Palestin Amerika Syarikat memfailkan aduan hak sivil persekutuan terhadap Universiti Columbia berikutan penahanan besar-besaran penunjuk perasaan minggu lalu. Ia selepas universiti itu memanggil polis untuk mengawal keadaan.

Palestine Legal, sebuah pertubuhan yang berusaha untuk melindungi hak asasi manusia di Amerika Syarikat untuk bersuara bagi Palestin selain menggesa Jabatan Pendidikan negara itu untuk menyiasat tindakan univerisiti berkenaan yang didakwa mendiskriminasi pelajar yang pro-Palestin.

Bagaimanapun Universiti Columbia enggan mengulas.

Minggu lalu, universiti cuba menutup demonstrasi kampus secara paksa apabila Presiden Columbia Minouche Shafik mengenakan langkah luar biasa dengan memanggil polis New York untuk memasuki kampus. Tindakan itu mengundang kemarahan kumpulan hak asasi manusia, pelajar dan fakulti.

Lebih 100 orang telah ditangkap.

Bantahan berterusan di Columbia, dan merebak ke seluruh kampus Amerika Syarikat. Ratusan individu telah ditangkap pada minggu lalu.

Penunjuk perasaan menyeru untuk menamatkan perang Gaza berikutan kekejaman rejim Israel telah membunuh 34,000 rakyat Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, hampir semua penduduk Gaza dipindahkan dan membawa kepada kebuluran yang meluas selain mencetuskan pembunuhan beramai-ramai.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI